Daeng_Tuasik8™

Yang Benar tetap Benar. Yang Batil tetap Batil.

My Photo
Name:
Location: Kg Kepayang, Perak, Malaysia

Tuesday, September 15, 2009

Pokok semalu dan teratai ETC

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Keempat, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja. Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.

Bukan hanya semalu sahaja yg berkaitan dengan kaum wanita. tetapi tumbuh-tumbuhan yang lainnya. Tetapi juga sejenis bunga yg tumbuh di kawasan kolam dan air berlumpur iaitu bunga teratai. Kerna saya adalah pengagum bunga ini, lebih dari mengagumi bunga mawar lambang cinta kasih.
Ciri2 teratai yg istimewa :
mengekalkan kecantikannya sekalipun tumbuhnya bukan di jambangan indah, di tempat terbiar dan tak terjaga, serta 'kotor' bagi sesetengah orang.-
rahsia 1 : Wanita yang tetap terpelihara kecantikan akhlak serta hati budi ( iffah ( purity ) dan izzah ( pride ) )biarpun berada di tempat2 yg dikelilingi pengaruh2 jahat yg sentiasa mencabar kelestarian peribadi luhur.
mantap kedudukannya sekalipun tempat tinggalnya sentiasa berombak, biarpun tiada siapa yg berani memetiknya kerna arus ombak dan kesejukan airnya.
rahsia 2 : Wanita yang gigih menongkah arus kehidupan nan mencabar, tabah hati sekalipun dugaan bertimpa-timpa. walau bagaimana buruknya keadaan yang mendepaninya.
batang teratai sekalipun nampak lembut, namun tak mudah terpatahkan kerna gentiannya yg kuat.
rahsia 3 : lembut seorang wanita bukan bermakna lemahnya peribadi.
tidak sewangi mawar lambang cinta kasih.
rahsia 4 : wanita yg tidak inginkan sanjungan dan pujian. Biar tidak ramai yang letakkan pengiktirafan, tetapi yang mengiktirafnya adalah orang yang ikhlas lagi jujur.
Siapa yg berani hadiahkan bunga teratai kepada wanita yg dia cintai di hari lahir atau ulangtahun perkahwinan ? Saya yakin ramai yg bersetuju bunga mawar adalah lambang cinta universal. Tapi saya lebih menghargai jika ada yg berani dan sudi hadiahkan bunga teratai kepada saya. Teratai tidak pernah meminta dirinya dinobatkan sebagai bunga tanda cinta, tetapi dia sebenarnya patut dinobatkan ke title itu. tapi keharuman mawar mengatasi. memadailah orang-orang tertentu mengiktirafnya setaraf atau jauh lebih hebat dari sekuntum mawar.
WALLAHUALAMBISAWAAB...
"Wahai teratai, kau bunga lambang keperkasaan srikandi mengharungi duka hidup. Jadilah spt teratai yang indah berseri sekalipun hidupnya di lumpur selut lagi berair sejuk. Tak hilang indahnya. Tak kalah sekalipun dengan mawar yang harum selaut lambang cinta kasih. "


LIMAU MASAM
Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir.Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya.Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi
ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya." Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


BURUNG PIPIT DAN PEMUDA
Pada suatu hari, sebuah rumah di pinggir kampung terbakar. Seekor burung pipit membawa air menggunakan sayapnya. Seorang pemuda hairan melihat burung itu berulang-alik membantu memadamkan kebakaran....

Pemuda : Wahai burung pipit. Mengapakah engkau berulang-alik membawa air?
Burung : Aku ingin membantu memadamkan api yang sedang marak.
Pemuda : Tapi, tidakkah kau tahu bahawa sayap kau hanya mampu membawa dua titis air saja?
Burung : Aku tahu.
Pemuda : Tahukah kau bahawa titisan air yang kau bawa itu tak akan dapat memadamkan kebakaran itu?
Burung : Aku tahu wahai pemuda.
Pemuda : Tetapi mengapa kau masih berterusan berbuat begitu?
Burung : Sesungguhnya apabila Allah bertanya sama ada aku nampak atau tidak kebakaran itu. Aku akan jawab bahawa aku nampak kebakaran itu. Dan jika Allah bertanya apakah usaha aku untuk membantu. Lalu aku akan menjawab bahawa aku telah membawa titisan air menggunakan sayapku untuk membantu.
Pemuda : Wahai burung, sesungguhnya engkau adalah makhluk yang berjiwa mulia.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home