Daeng_Tuasik8™

Yang Benar tetap Benar. Yang Batil tetap Batil.

My Photo
Name:
Location: Kg Kepayang, Perak, Malaysia

Tuesday, September 15, 2009

Jaga Pemakanan Ketika Beraya

SAMBUTAN perayaan Aidilfitri kali ini, menjanjikan ruang bagi
masyarakat negara ini untuk berpesta sepenuhnya. Tidak kira apa majlis sekalipun,
perjumpaan keluarga, percutian eksotik atau sekadar beristirahat di rumah, makanan yang terhidang tentu berlebihan dan boleh dinikmati berhari-hari lamanya. Itu pun jika tidak basi.

Ketika sibuk menikmati aneka hidangan yang disediakan, penting jika anda memikirkan apa yang dilakukan itu mungkin boleh menjejaskan jantung. Walaupun sambutan itu hanya diraikan sehari dua, jangan fikir anda boleh menikmati apa saja makanan tanpa perlu bimbang akan kesihatan diri.

Kajian menunjukkan jika anda tidak menikmati makanan langsung atau terlalu aktif, boleh menyebabkan masalah yang lebih teruk daripada apa yang anda fikirkan.

Ketika beristirahat Dengan pelbagai program menarik di televisyen, ramai yang mengambil keputusan untuk menghabiskan musim perayaan ini dengan berehat di rumah. Mungkin kegiatan itu bukan luar biasa kerana sebelum ini pun anda banyak
menghabiskan masa di sofa beristirahat.

Pertama, anda perlu tahu; apabila anda menghabiskan masa dengan hanya duduk atau
berehat di sofa, tulang belakang akan menerima kesan paling hebat. Couch Potato Syndrome atau juga dikenali sebagai sedentarisme, iaitu keadaan fizikal yang tidak aktif didapati menjadi faktor utama penyakit jantung, osteoporosis, kencing manis yang terbentuk ketika dewasa dan barah.

Seseorang yang tidak aktif boleh mengalami keadaan yang dipanggil de-conditioned heart, iaitu fungsi jantung tidak begitu berkesan menyebabkan jantung terpaksa bekerja lebih keras bagi memastikan pengaliran darah ke seluruh badan mencukupi.

Dalam kebanyakan kes, keadaan itu adalah permulaan kepada masalah jantung. Masalah
menjadi lebih teruk jika seseorang merokok kerana dalam tempoh seminit anda merokok, degupan jantung semakin pantas dan boleh meningkat sehingga 30 peratus dalam tempoh 10 minit seterusnya.

Bahan dalam rokok, nikotin pula meningkatkan tekanan darah menyebabkan saluran darah semakin sempit dan memaksa jantung bekerja dengan lebih kuat untuk mengedarkan oksigen ke seluruh badan. Ditambah dengan kandu ngan karbon monoksida dalam asap rokok yang mengurangkan keupayaan darah untuk membawa
oksigen, kesihatan badan menjadi lebih teruk.

Nikotin juga meningkatkan peringkat fibrinogen (protein yang menyebabkan darah menjadi pekat) dan platelets (terbabit dalam pembentukan darah beku), menjadikan darah semakin pekat dan cenderung untuk berkumpul pada dinding arteri sekali gus membentuk trombosis dan menyebabkan arterioclerosis.

Fakta yang lebih penting, jika anda merokok 14 batang setiap hari, anda akan meningkatkan risiko sakit jantung tiga kali ganda berbanding mereka yang tidak merokok. Dengan merokok 25 batang atau lebih setiap hari, kebarangkalian untuk mati disebabkan serangan sakit jantung
adalah 15 kali ganda.



Ketika sibuk menikmati hidanganApalah perayaan tanpa makanan? Dalam budaya
seperti di Malaysia, tidak ceria tanpa hidangan makanan apabila tiba musim perayaan. Setiap rumah pasti menghidangkan makanan seperti rendang daging, kari ayam, sate, barbeku makanan laut dan lemang.

Apa yang membimbangkan ialah jumlah kandungan lemak dalam setiap sajian dan paling
teruk, lemak berkenaan termasuk dalam kumpulan lemak tepu yang dikatakan meningkatkan tahap kolesterol dalam badan.

Sebaiknya, pengambilan makanan harian anda mengandungi lebih lemak poli tidak tepu dan bukan lemak tepu. Ini disebabkan lemak poli tidak tepu mengandungi kumpulan asid lemak Omega-3 yang penting untuk jantung manusia, sistem pengedaran darah dan tahap kolesterol. Bahan ini banyak ditemui dalam lemak dan minyak ikan.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home